Home Tempatan Ini Malaysia Baru. Jangan Buat Tuduhan Rasis – Lim Guan Eng

Ini Malaysia Baru. Jangan Buat Tuduhan Rasis – Lim Guan Eng

SHARE

Setelah teruk dikecam pelbagai lapisan masyarakat berikutan kenyataan media Mandarinnya, Lim Guan Eng, menjelaskan semua pihak harus faham bahawa Malaysia kini ialah Malaysia Baru yang lebih inklusif, saling hormat menghormati dan sebuah negara yang meraikan kepelbagaian. Demikian kenyataannya menurut laporan sebuah portal tempatan.

“Saya tidak faham mengapa terjemahan kenyataan rasmi Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris ataupun sekali-sakala dalam Bahasa Mandarin boleh diputarbelitkan untuk menyatakan bahawa bahasa rasmi Kementerian Kewangan telah ditukar ke bahasa Bahasa Mandarin.”

Menurut Lim Guan Eng lagi, penggunaan Bahasa Mandarin dan lain-lain, menurutnya akan membawa Malaysia ke arah yang lebih kompetitif.

“Sementara memelihara kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi, kita juga perlu menguasai bahasa-bahasa lain untuk meningkatkan tahap kebolehsaingan kita.”

Dalam kenyataannya juga, beliau mendakwa kritikan terhadap tindakannya mengeluarkan kenyataan media di dalam Bahasa Mandarin merupakan kritikan yang bersifat rasis.

Pendirian mendukung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak pernah dipertikaikan.

Akan tetapi, beliau menyatakan akan menggunakan bahasa lain dalam akaun media sosial dan juga  Bahasa Mandarin dalam komunikasi beliau bersama akhbar Cina.

Comments