Home Tempatan “Ini… Bukan Masa Depan Islam” – Charles Santiago

“Ini… Bukan Masa Depan Islam” – Charles Santiago

SHARE

Klang: “Ini bukan berkenaan merampas hak-hak orang Islam tetapi ia berkenaan memastikan hak-hak orang bukan Islam turut terjaga,” demikian kata-kata Ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) Charles Santiago.

Dia membuat penegasan sedemikian ketika menolak dakwaan yang menyatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) mempamerkan sentimen anti-Islam dengan menentang usul pemerkasaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) RUU355 sepertimana yang dilaporkan portal atas talian FMT.

7 Tuntutan Kedaulatan Islam
“Ini adalah berkenaan masa depan Malaysia, bukan masa depan Islam. Berkenaan agama Islam, ia tidak akan tergugat dan ini adalah sesuatu yang Pakatan akan jayakan,” tambah beliau.

Charles Santiago memberi jaminan bahawa penglibatan Tun Dr Mahathir dan partinya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ke dalam PH akan memastikan Islam terjaga.

“PPBM adalah sebuah parti yang dianggotai oleh ramai orang Melayu Islam akan mempertahankan Islam dan mengenali orang-orang dalam parti tersebut, saya boleh beritahu anda, mereka akan mempertahankan Islam sehingga ke nafas terakhir,” dakwa beliau lagi.

Sementara itu sebelum ini, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan yang juga Presiden PPBM itu pernah menyatakan PH mungkin menilai semula keperluan keberadaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) jika Pakatan Harapan menang PRU Ke-14 kelak.

Comments