Home Tempatan Inflasi teras dijangka susut ketara kepada 1.8 peratus

Inflasi teras dijangka susut ketara kepada 1.8 peratus

SHARE
RAM Rating Services Bhd berkata kadar inflasi teras itu masing-masing susut kepada 2.7 peratus pada Jan 2018 dan 3.5 peratus pada Dis 2017. — Foto oleh AFP

KUALA LUMPUR, 20 Mac — RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengunjurkan kadar inflasi teras Malaysia akan susut secara ketara kepada 1.8 peratus pada Februari 2018 berikutan penurunan selama dua bulan berturut-turut sebelum ini.

Menurut agensi penarafan itu, kadar inflasi teras itu masing-masing susut kepada 2.7 peratus pada Januari 2018 dan 3.5 peratus dalam Disember 2017.

“Penyumbang utama kepada kadar inflasi lebih rendah pada Februari itu adalah disebabkan oleh pertumbuhan negatif bahan api berikutan harganya yang lebih rendah serta kesan asas lebih tinggi daripada tahun sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk berita penuh sila klik di sini

The Malay Mail Online

Comments