Home Tempatan Iktiraf UEC Adalah Janji Manifesto PH — Dr Maszlee Malik

Iktiraf UEC Adalah Janji Manifesto PH — Dr Maszlee Malik

SHARE

Putrajaya: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) adalah sebuah janji dalam Manifesto Pakatan Harapan dan sebarang keputusan yang diambil oleh pihaknya berkenaan pengiktirafan tersebut tidak akan menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Beliau berkata, “Pengiktirafan UEC adalah salah satu janji dalam Manifesto Pakatan Harapan dan sebelum melaksanakan pengiktirafan ini, kita perlu mengambil kira isu kepentingan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan jika ada sebarang impak daripada keputusan pengiktirafan tersebut yang mungkin akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian rakyat Malaysia.”

“Sekali lagi, saya ingin menekankan bahawa apa sahaja keputusan yang kita ambil berkenaan pengiktirafan UEC ini, ia akan bersifat komprehensif dan holistik, tanpa menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, beliau menganggap interaksi dan pandangan pelbagai pihak bersama pihak Kementerian Pendidikan sebagai amat penting dan menjadi keutamaan.

Comments