Home Tempatan IKSIM Tidak Terima Dana JAKIM – Asyraf Wajdi

IKSIM Tidak Terima Dana JAKIM – Asyraf Wajdi

SHARE

Kuala Lumpur: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menjawab tuduhan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Mujahid Yusof Rawa bahawa badan Institut Kajian Strategik Islam Antarabangsa (IKSIM) mendapat pembiayaan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bajet 2018.

Dalam mengulas salah faham yang ditimbulkan oleh ahli Parlimen Parit Buntar itu di Dewan Rakyat semalam, Datuk Asyraf Wajdi berkata perbahasan mengenai dana JAKIM untuk membayar atau membiayai agensi (IKSIM) tersebut melalui Bajet 2018 ini tidak releven.

“Kita diperingkat jawatankuasa membincangkan berkenaan bajet kerajaan terhadap agensi-agensi yang menerima bajet dari kerajaan. Dan di dalam agensi yang tersenarai tidak ada agensi IKSIM yang menerima peruntukan daripada Bajet 2018,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menolak dakwaan Ketua Angkatan Wanita AMANAH Dr Siti Mariah Mahmud yang mendakwa JAKIM mempunyai hubung kait dengan IKSIM.

“Untuk pengetahuan, IKSIM ditubuhkan di bawah akta syarikat. Ia adalah syarikat berhad dengan jaminan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jadi, mana boleh JAKIM tubuhkan syarikat. Mana boleh JAKIM tubuhkan IKSIM,” tegasnya lagi.

Comments