Home Antarabangsa Ikrar AS$100 juta bantu pelarian Palestin

Ikrar AS$100 juta bantu pelarian Palestin

SHARE
ANTONIO Guterres. - Foto AFP

ROME: Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang membantu pelarian Palestin berkata semalam, ia menerima ikrar tunai baharu bagi membolehkannya beroperasi selama beberapa bulan, namun memberi amaran tempoh jangka panjang tidak dipastikan.

Agensi Bantuan dan Kerja PBB (UNWRA) masih mencari dana untuk membiayai kekurangan bajet sebanyak AS$446 juta (RM1.75 bilion), sebahagian besarnya disebabkan keputusan tiba-tiba Presiden Donald Trump Januari lalu yang membekukan bantuan kepada Palestin.

Satu persidangan dana di sini menarik janji dari negara seluruh dunia untuk tambahan dana sebanyak AS$100 juta (RM392.70 juta), meninggalkan UNWRA dengan tugas berat memastikan perkhidmatan pendidikan, penjagaan kesihatan dan keselamatan makanan bertahan.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments