Home Tempatan Ijtimak antarabangsa bawa harapan satukan umat Islam

Ijtimak antarabangsa bawa harapan satukan umat Islam

SHARE

KOTA BHARU, 24 Syawal 1438H, Selasa – Penganjuran Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) membawa harapan untuk menjadi titik permulaan bagi menyatukan semula umat Islam.

Bercakap perkara itu, Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Johari Yap berkata, perpecahan yang berlaku dalam Islam sejak kebelakangan ini semakin ketara.

Situasi perpecahan itu, menurutnya, bukan hanya berlaku pada peringkat nasional, bahkan global dengan isu wahabi, salafi dan sebagainya.

“Apabila perkara ini berlaku, ia menyebabkan masalah dan kekeliruan dalam kalangan orang yang baru memeluk agama Islam.

“Harapan kami dengan penganjuran ijtimak ini dapat menyatukan semula dan dapat menunjukkan kesatuan umat Islam bahawa Islam boleh bersatu,” katanya yang dipetik daripada Harakahdaily.

Justeru, ramai pihak berharap ijtimak yang bakal berlangsung di Kota Bharu mulai 20 hingga 22 Julai ini menjadi medan untuk menyatukan semula umat Islam.

Ketika ini persiapan giat dijalankan di lokasi termasuk di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kelantan Trade Centre, Dewan Jubli Perak MPKB dan Dewan Teratai Kota Darulnaim.

Comments