Home Tempatan ICERD: Exco Majlis Peguam Tempelak ‘Fear Mongering’ Media Inggeris Tempatan

ICERD: Exco Majlis Peguam Tempelak ‘Fear Mongering’ Media Inggeris Tempatan

SHARE

Seorang aktivis peguam Lukman Sheriff menempelak beberapa media berbahasa Inggeris tempatan yang sering memainkan sentimen perkauman dan ‘fear mongering’ dalam memperjuangkan beberapa isu dan agenda mereka, khasnya yang terkini isu ICERD. Pendedahan ini dibuat beliau pada Khamis lepas, di sesi meja bulat ICERD yang dianjurkan oleh UMMAH di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, aktivis yang dipilih buat kali kedua berturut-turut dalam exco Majlis Peguam 2019/2020 baru-baru ini telah melepaskan perasaan tidak puas hati beliau di laman facebook beliau memperincikan tujuan utama ICERD ditolak dan dibantah adalah kerana ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Alasan ini jugalah yang membuatkan kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan baru-baru ini untuk tidak meratifikasi ICERD kerana ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Alasan yang sama juga kempen tandatangan yang berjaya mengumpul 200 ribu tandatangan adalah kerana sebab yang serupa yakni “Bantahan ICERD kerana bercanggah dengan perlembagaan”.

Namun, media berbahasa Inggeris memilih untuk melaporkan sebaliknya. Tulis Lukman Sheriff, “Mereka dengan sengaja menemuramah sebelah pihak sahaja. Mereka dengan sengaja tidak memperakui alasan yang legitimate/valid/sah supaya kita selalu nampak bodoh, tak berasas dan semata-mata emotional. Supaya senang melabel pelbagai benda.”

“Inilah cara mereka memecah-belahkan kaum di Malaysia.”

Lukman Sheriff menambah lagi bahawa perhimpunan membantah ICERD pada 8hb Disember nanti adalah sebuah perhimpunan aman. Itu yang dimahukan oleh pihak penganjur. Persediaan ke arah itu sedang diperkemaskan termasuk membabitkan badan amal PAS yang terkenal cekap dan efisien dalam mengawal perhimpunan besar sebelum ini.

Comments