Home Tempatan ICERD: Ayat Quran Bakal Dilabel Rasis?

ICERD: Ayat Quran Bakal Dilabel Rasis?

SHARE

Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Ras Antarabangsa atau ICERD sebenarnya mempunyai jauh lebih banyak implikasi daripada yang disangka ramai. Demikian tegas Dato Naser Disa mantan Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM (Institut Kajian Strategik Islam Malaysia) ketika dihubungi Menara.my.

Mengikut kajian beliau terdapat hampir 15 implikasi buruk yang bakal dihadapi oleh rakyat Malaysia dan umat Islam khasnya jika ICERD ini diratifikasikan dan bukan hanya mengancam hak istimewa bumiputera dan Melayu yang dijamin Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Kita perlu faham bahawa penafsiran dan pemakaian apa saja prinsip ICERD ini ditentukan oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya Hak Asasi PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan bukannya oleh pihak berkuasa dalam negara kita.”

Beliau memberi contoh adakah kelak sesetengah ayat-ayat Quran dilarang daripada dibacakan kerana dilabel rasis, atau tidak menghormati hak golongan tertentu.

“Ayat di mana Allah SWT mencerca umat Nabi Luth AS contohnya, adakah ini kelak akan dilabel sebagai tidak menghormati ICERD kerana tidak adil kepada golongan LGBT dan Transgender?”

Malah apakah nanti akan timbul petualang-petualang penyokong ICERD yang akan mendakwa bahawa terma Raja-Raja Malaysia diguna pakai sebagai ganti Raja-Raja Melayu dan membolehkan sesiapa saja kelak mendakwa diri sebagai raja Malaysia?

“Ini kelak akan membuka jalan kepada menjadikan Malaysia sebuah republik.”

Dato Naser Disa menegaskan bahawa ini semua adalah agenda petualang negara dan mereka harus disiasat.

Comments