Home Tempatan Ibrahim Ali, PERKASA dan ISMA ada hak untuk menjadi Dungu – Azmi...

Ibrahim Ali, PERKASA dan ISMA ada hak untuk menjadi Dungu – Azmi Sharom

SHARE

Petaling Jaya: Ibrahim Ali, PERKASA dan ISMA digambarkan sebagai dungu, suka memecah-belahkan masyarakat dan bersifat rasis, itu merupakan pandangan salah seorang pensyarah Undang-undang Universiti Malaya, Prof. Madya Azmi Sharom.

Beliau yang pernah dihadapkan ke Mahkamah suatu ketika dahulu atas tuduhan menghasut mengutarakan pandangannya itu terhadap Ibrahim Ali dan dua NGO Melayu Islam pada satu program sambutan Perlembagaan Persekutuan ke 60, ‘Constitutional Day 2017’ yang bertajuk “Are Your Rights, All Right?”

“Saya tidak suka apa yang Ibrahim Ali atau PERKASA atau ISMA cakapkan. Saya dapati ianya moronic, divisive and rascist tetapi hakikatnya saya tidak berhak untuk melarang mereka daripada memperkatakan semua itu. It is their right to be a moron.”

Sambil disambut gelak ketawa hadirin yang rata-rata terdiri daripada anak muda dan juga sekumpulan pelajar sekolah menengah yang dijemput pihak penganjur MyConsti Team.

Salah seorang daripada pihak penganjur yang hanya mahu dikenali sebagai Thomas berkata, mereka tidak mempunyai sebarang niat jahat walaupun hanya menjemput panelis yang terdiri daripada kumpulan liberal dan sekular pada program tersebut tetapi hanya mahu memberi pengajaran kepada rakyat Malaysia untuk lebih celik Perlembagaan Persekutuan.

Comments