Home Tempatan Hukuman rotan kekal dasar Kementerian Pendidikan

Hukuman rotan kekal dasar Kementerian Pendidikan

SHARE

KUALA LUMPUR: Hukuman rotan masih kekal sebagai dasar Kementerian Pendidikan untuk menghukum pelajar yang melanggar peraturan sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon, berkata sebelum menjatuhi hukuman, beberapa prosedur harus dipatuhi terlebih dahulu.

“Dasar masih kekal. Terdapat SOP (prosedur operasi standard) untuk ambil tindakan (merotan) bagi mereka (pelajar) yang langgar peraturan sekolah.

“Sebelum dijatuhi hukuman rotan, pihak sekolah akan keluarkan amaran lisan, amaran kes, amaran bertulis disusuli perjumpaan dengan ibu bapa.

“Sekiranya bersalah, rotan maksimum tiga kali untuk pelajar lelaki di bahagian tangan dan diadakan secara tertutup,” katanya di Dewan Rakyat , hari ini.

Beliau menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS – Rantau Panjang) yang bertanya sejauh manakah dasar Kementerian Pendidikan terhadap penegasan hukuman rotan oleh guru di sekolah.

Mengulas lanjut, Sin Woon berkata, pelajar yang dibuang sekolah akibat kes jenayah seperti buli, mengancam, memukul dan memeras ugut di sekolah juga menunjukkan trend penurunan tahun ini.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Berita Harian

Comments