Home Tempatan Hukuman adalah sebahagian daripada pendidikan

Hukuman adalah sebahagian daripada pendidikan

SHARE

SHAH ALAM – Islam mengutamakan pendidikan, namun untuk menjaga manusia, ALLAH sebagai pencipta manusia telah mempersiapkan acuan hukuman sebagai sebahagian bentuk pendidikan.

Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berkata, kesungguhan ahli Parlimen Pas dalam membentangkan Pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) adalah kerana mahu memperjuangkan pelaksanaan hukum Islam di negara ini.

“Saya ditanya ahli Parlimen bukan Islam, kenapa ahli Parlimen Pas bersungguh sangat nak laksanakan hukum Islam. Mengapa tidak utamakan dulu soal mendidik kerana Islam mengutamakan pendidikan berbanding hukuman sebagaimana ucapan tokoh-tokoh dunia Islam katanya.

“Tugas ahli Parlimen adalah sebagai penggubal undang-undang begitu juga ahli Parlimen Pas. Kami bukan setakat Tok lebai tapi Tok lebai yang legislator. Maka menjadi kewajipan bercakap dan menggubal undang-undang dan hukuman bukan sekadar mendidik dan memberi nasihat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, tugas ahli Parlimen adalah sebagai penggubal undang-undang dan begitu juga ahli Parlimen Pas.

“Kami bukan setakat Tok lebai tapi Tok lebai yang legislator. Sebagai seorang ahli Parlimen, tidak sepatutnya kami dipersoal sedemikian kerana setiap kali sidang kita luluskan rang undang yang dalamnya ada hukuman yang berat kepada pesalah.

“Contohnya Rang Undang-undang Jenayah Seksual Kanak-kanak yang dibentang minggu lepas, hukumannya sangat berat. Kenapa yang ini tak dikatakan perlu utamakan pendidikan berbanding hukuman.

“Kepada agamawan janganlah kelirukan pemahaman terhadap Islam. Penjelasan tentang Islam mestilah dalam ruang teks dan juga konteks,” ujarnya lagi.

Sinar Online

Comments