Home Tempatan Hubungan Vatican – Malaysia Semakin Kukuh

Hubungan Vatican – Malaysia Semakin Kukuh

SHARE

Putrajaya: Pelantikan Tan Sri Bernard Dompok sebagai duta Malaysia ke Bandar Vatican akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala di antara kedua-dua negara ini.

Duta Besar Vatican ke Malaysia Joseph Salvador Marino berpendapat bahawa, hubungan diplomatik antara kedua-dua negara akan menjadi lebih akrab hasil daripada pengiktirafan Vatican. Perkara ini dilaporkan oleh Herald Malaysia Online.

Selain daripada itu, Dompok juga merupakan duta Malaysia pertama yang akan menetap di Rome kerana sebelum ini segala urusan berkenaan Vatican diuruskan dari Switzerland.

Dompok adalah bekas Ketua Menteri Sabah dan telah dilantik sebagai duta pada 17 Mac 2016.

Keberadaan Dompok bersama Pope akan memudahkan Pope untuk menyampaikan hasratnya kepada kerajaan Malaysia dan seterusnya meningkatkan kerjasama kedua-dua belah pihak.

“Saya rasa hubungan akan menjadi lebih kuat kerana beliau (Dompok) akan berada di sana bersama Pope, yang merupakan ketua diplomasi Vatican. Beliau (Dompok) akan dapat menghubungkan kata-kata Pope, hasrat dan impian Pope untuk dunia kepada kerajaan Malaysia,” ujar Marino.

Malaysia telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Vatican semenjak tahun 2011 selepas perjumpaan antara Pope Benedict XVI dan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Razak.

Comments