Home Tempatan Hubungan Malaysia-Arab Saudi pada tahap terbaik

Hubungan Malaysia-Arab Saudi pada tahap terbaik

SHARE
PUTRAJAYA, 27 Feb -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) berbincang bersama Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud (kiri) semasa mengadakan mesyuarat dua hala di Seri Perdana, hari ini.?Raja Salman tiba semalam untuk lawatan negara selama empat hari atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.?-- fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud menyifatkan hubungan negaranya dengan Malaysia berada pada tahap tertinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perkara itu dinyatakan baginda sendiri dalam pertemuan dua hala sebentar tadi di Seri Perdana.

Beliau memaklumkan Raja Salman juga mempersetujui penubuhan ‘King Salman Centre for Global Peace’ di sini.

“Baginda berpendapat pusat berkenaan dapat berperanan menangkis naratif pihak ekstremis terhadap Islam.

“Ia juga akan menjadi pentas untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi memperkembangkan konsep wassatiyah.

“Raja Salman juga senang hati dengan peranan Malaysia dalam isu antarabangsa khususnya membabitkan tindakan menjelaskan mengenai Islam yang sebenar dan memerangi sebarang bentuk keganasan terutama ancaman Daesh,” katanya.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin mengadakan perjumpaan tertutup hampir 40 minit, diikuti mesyuarat delegasi dan majlis memeterai empat Memorandum Persefahaman (MoU), sebelum diakhiri dengan majlis makan tengah hari.

Berita Harian

Comments