Home Tempatan Hospital wanita patuh syariah pertama di Kelantan

Hospital wanita patuh syariah pertama di Kelantan

SHARE
Mohd Amar (dua, kanan) diiringi Izani (dua, kiri) dan Wan Zawawi (tengah) melihat model Hospital Wanita dan Kanak-Kanak An-Nisa’ yang akan dibangunkan di Padang Tembak.

KOTA BHARU – Sebuah hospital wanita dan kanak-kanak berkonsepkan patuh syariah pertama di Kelantan akan dibangunkan dengan kos RM100 juta, bermula Januari tahun depan.

Pengerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB), Dr Izani Husin berkata, hospital yang dibina di atas tanah seluas 1.6 hektar di Padang Tembak oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan PKB itu dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.

Menurutnya, bangunan hospital berkenaan setinggi lapan tingkat itu mempunyai kapasiti 80 katil bagi menggantikan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak An-Nisa’ sedia ada yang terletak di pusat bandar.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments