Home Antarabangsa Hospital medan tajaan Malaysia dijangka siap esok

Hospital medan tajaan Malaysia dijangka siap esok

SHARE
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) menunjukkan khemah-khemah pelarian yang makin bertambah dari atas bukit ketika di penempatan pelarian Rohingya di Kem Kutupalong. Lawatan pada Oktober lalu itu adalah bagi memperlihatkan keprihatinan dan ketegasan Malaysia dalam isu pelarian Rohingya. - Foto BERNAMA

COX’S BAZAR (Bangladesh): Hospital medan tajaan Malaysia yang mula dibina semalam berhampiran kem pelarian etnik Rohingya di sini, kini siap 30 peratus dan dijangka siap sepenuhnya esok.

Hospital medan yang setaraf hospital daerah berpakar bernilai RM3.5 juta dengan keluasan 100 x 70 meter itu terletak di wilayah Ukhiya, kira-kira 10 minit perjalanan dari kem-kem utama iaitu Kem Pelarian Kutupalong dan Bhalukali.

Ketua Penasihat Teknikal Hospital Medan Malaysia Kol Dr Mohd Arshil Moideen berkata sebaik siap, hospital medan itu yang bakal menjadi hospital medan terlengkap dari segi kemudahan di sekitar kawasan itu, akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments