Home Tempatan Hormati Perlembagaan Persekutuan

Hormati Perlembagaan Persekutuan

SHARE

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Mana-mana pihak yang cu­ba mencabar hak-hak yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan melibatkan agama Islam diingatkan supaya melupakan hasrat itu dan kembali menghormati struktur perundangan tertinggi negara.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin wajar disanjung tinggi apatah lagi agama Islam semakin ditekan apabila ada segelintir pihak cuba menafikan kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelas beliau, keharmonian dan perpaduan kaum yang telah dibina sejak dahulu perlu dikekalkan, malah disemai semula, bukannya menggugat keamanan dengan mencabar kedudukan Islam.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

 

Comments