Home Tempatan Hindraf tuntut tanah rancangan seperti Felda, UiTM dibuka kepada kaum lain

Hindraf tuntut tanah rancangan seperti Felda, UiTM dibuka kepada kaum lain

SHARE

KUALA LUMPUR 28 Mei – Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) menuntut kerajaan Pakatan Harapan menyediakan lebih banyak peluang kepada kaum India berpendapatan rendah untuk memperbaiki taraf hidup mereka, termasuk dengan pemberian tanah rancangan seperti Felda serta peluang pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Ketuanya, P. Uthayakumar mendakwa, langkah itu penting kerana sepanjang lebih 60 tahun negara ditadbir Barisan Nasional (BN), kerajaan sebelum ini gagal membangunkan kaum India yang

ketinggalan berbanding kaum lain.

“UMNO mengamalkan politik dan polisi perkauman selain orang Cina yang menguasai sektor swasta menyebabkan kaum India berpendapatan rendah tersisih daripada pembangunan ekonomi negara.

“Kami mahu bergerak ke hadapan dan membantu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatasi masalah kemiskinan dalam kaum India,” katanya ketika ditemui semasa menyerahkan memorandum tuntutan itu kepada Sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan, Zawiyah Mohd. Yusof di Menara Ilham, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Comments