Home Tempatan Hindraf Pohon Dewa Ganesha Berikan Hikmah Kepada Maza

Hindraf Pohon Dewa Ganesha Berikan Hikmah Kepada Maza

SHARE

Kuala Lumpur – Perjumpaan tergempar yang diadakan semalam hasil jemputan Hindu Rights Action Force (HINDRAF) mengumpulkan lebih 60 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai NGO.

Beberapa resolusi dikemukakan berikutan kontroversi penghinaan yang dikatakan dilakukan oleh Mufti Negeri Perlis Darul Sunnah, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, ke atas penganut Hindu melalui puisi dan video kuliahnya.

Salah satu resolusi yang dikemukakan ialah penganjuran upacara doa di semua kuil Ganesha di seluruh negara memohon supaya Dewa Ganesha memberikan hikmah kepada Mufti Perlis.

Turut dijadikan resolusi ialah serahan Memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenaan isu Dr Zakir Naik yang diberikan status penduduk tetap Malaysia.

HINDRAF, sebuah pertubuhan yang pernah dilabel sebagai pertubuhan haram oleh Kementerian Dalam Negeri beberapa tahun yang lalu turut menggesa seberapa banyak laporan polis dibuat di seluruh negara ke atas Dr Maza.

Comments