Home Tempatan Hindraf ibarat ejen kerajaan ekstremis Hindu

Hindraf ibarat ejen kerajaan ekstremis Hindu

SHARE

BANGI, 8 Syaaban 1438H, Jumaat – Multiracial Reverted Muslim (MRM) – sebuah pertubuhan yang memfokuskan kepada dakwah dan kebajikan – menyifatkan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), sebagai ejen kerajaan ekstremis Hindu dan pengancam kepada kedaulatan Malaysia.

Sehubungan itu, MRM menggariskan enam sebab, kenapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat Malaysia perlu membuat laporan polis terhadap ekstremis Hindu ini.

Enam sebab itu ialah:

1. Hindraf tidak menghormati Perlembagaan Negara;

2. Hindraf seolah-olah menjadi ejen kerajaan ekstremis Hindu dengan menjadi jurucakap bagi mereka agar Dr Zakir Naik dihantar pulang, tetapi berdiam diri apabila kerajaan India juga mengeluarkan waran tangkap kepada Ananda Krishnan;

3. Hindraf menggugat keharmonian negara dengan menghina institusi beraja di Malaysia apabila mempertikaikan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada Dr Zakir Naik pada 2013;

4. Hindraf mengancam kedaulatan negara dengan meminta negara luar masuk campur dalam urusan hal ehwal dalaman negara;

5. Hindraf tidak hormat kepada Islam yang merupakan agama Persekutuan sedangkan dalam Perlembagaan jelas tertulis Islam agama Persekutuan dan Muslim boleh menyebarkan agama Islam, tetapi bukan Muslim tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam, namun Hindraf seolah-olah menafikan Perlembagaan Negara dengan cuba menghalang umat Islam di Malaysia daripada melaksanakan hak yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara; dan

6. Cubaan menghasut penganut agama Hindu untuk membenci seorang mufti beragama Islam dengan sengaja mengambil di luar konteks apa yang Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bahaskan, lalu cuba membakar api perkauman dan sentimen agama di kalangan orang Hindu. Jelas berniat jahat cuba melaga-lagakan penganut Hindu dan umat Islam.

Sehubungan itu, Presiden MRM, Firdaus Wong Wai Hung menggesa setiap NGO dan rakyat Malaysia membuat laporan polis terhadap Hindraf yang dilihat menggugat kedaulatan negara serta meletakkan keharmonian hidup berbilang bangsa dan agama di Malaysia pada tahap berbahaya.

“Kami menyeru kita semua melakukan laporan polis bersama di seluruh negara pada Jumaat (hari ini) jam 2.30 petang ke atas Hindraf berdasarkan sebab-sebab yang disebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

MRM dan Skuad Mubaligh Selangor juga katanya, akan membuat laporan polis terhadap Hindraf.

Hindraf yang sememangnya terkenal dengan pendekatan demonstrasi, ugutan dan kecaman dalam memenuhi matlamat perjuangan mereka.

Comments