Home Tempatan Hindraf diminta padam persepsi negatif pada Zakir Naik

Hindraf diminta padam persepsi negatif pada Zakir Naik

SHARE

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) berharap Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf) dapat memadamkan persepsi negatif terhadap pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik.

Malah presidennya, Datuk Ibrahim Ali, juga berharap Hindraf bersama sekumpulan aktivis lain dapat menarik balik tuntutan yang mereka failkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Melalui permohonan itu mereka menuntut agar Dr Zakir ditangkap dan diusir dari negara ini.

Menurut Ibrahim, kehadiran sesetengah kumpulan bukan Islam ke syarahan pendakwah antarabangsa itu adalah atas kerelaan mereka sendiri dan bukan paksaan sesiapa.

Beliau turut mengumpamakan kehadiran individu bukan Islam di syarahan Dr Zakir seperti kehadiran orang Islam ke Batu Caves ketika perayaan Thaipusam.

“Kenapa ribuan orang berkumpul di Batu Caves pada hari Thaipusam? (Kerana) majoriti mereka termasuk sesetengah Guru Hindu dari India datang ke Batu Caves untuk tujuan keagamaan.

“Ada juga Muslim termasuk perdana menteri yang datang ke Batu Caves pada Thaipusam atas dasar muhibah, perpaduan kaum dan toleransi agama.

“Saya harap Hindraf dapat memadamkan persepsi negatif terhadap syarahan Dr Zakir tentang Islam, serta (harap pengerusi Hindraf) P Waythamoorthy dan 18 yang lain dapat menarik balik kes mereka terhadap Zakir yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtimak 150 Cendekiawan Islam bersama Dr Zakir Naik di ibu negara hari ini.

 

Comments