Home Tempatan Hina umat Islam: Polis buru pemilik akaun Facebook Anna Ong Iye Lung

Hina umat Islam: Polis buru pemilik akaun Facebook Anna Ong Iye Lung

SHARE

JOHOR BAHRU, 11 Syaaban 1438H, Isnin – Polis sedang mengesan pemilik Facebook Anna Ong Iye Lung yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina umat Islam dalam laman sosial miliknya sebagai respon insiden di Surau Austin Perdana, Jumaat lalu.

Timbalan Menteri Dalam Ne­geri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, polis sudah menjalankan siasatan berhubung kenya­taan wanita berkenaan.

Katanya, polis akan ambil tindakan terhadap Anna Ong Iye Lung sekiranya didapati menyalahgunakan media sosial.

“Kalau dia mendakwa laman sosialnya itu diceroboh, kita juga akan siasat. Namun, sekiranya betul keluar daripada dia sendiri, kita akan ambil tindakan,” kata­nya.

Status Facebook tersebut mu­la tular di laman sosial dan mendatangkan kemarahan kepada umat Islam di seluruh negara.

Jumaat lalu, tular video yang memaparkan lelaki Cina dan pasangannya membuat provokasi apabila membunyikan hon tanpa henti ketika jemaah sedang solat Jumaat.

Kemudian, pemandu itu dikejar orang ramai sebelum beberapa kali cuba berundur dengan laju sehingga hampir melanggar orang ramai serta kenderaan lain. Rakaman video itu turut menunjukkan orang ramai dilihat memukul kereta dan pemandu lelaki itu dengan menggunakan kon.

Comments