Home Tempatan Himpunan Raksasa 18 Feb: Dr Zuhdi PAS Bidas Penentang

Himpunan Raksasa 18 Feb: Dr Zuhdi PAS Bidas Penentang

SHARE

Hasrat PAS untuk mengadakan Himpunan Raksasa pada 18 Febuari di Dataran Merdeka secara lantang ditentang oleh Pengasas Pertubuhan BEBAS iaitu Azrul Mohd Khalib yang melihat hal ini sebagai tidak rasional kerana menyatakan tidak akan ada sokongan dari orang Islam sendiri mengenai himpunan yang menyokong agenda RUU 355 tersebut.

Ditanya mengenai hal tersebut Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata,Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebenarnya tidak ada kaitan langsung dalam prosedur penambahbaikkan Rang Undang-Undang ini ataupun sememangnya hanya perlu menyokong sahaja sepenuhnya usaha perlaksanaan undang-undang yang semestinya memihak kepada kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya bukan bersifat menentang.

Menurut beliau, buktinya Akta 355 sudah wujud semenjak 1965 dan ditambahbaik pada 1984 tanpa sebarang bantahan dari mana-mana pihak dan dapat dilaksanakan dengan baik ketika itu.

“Jadi pihak yang bercakap tanpa fakta lebih baik diam dari berkata-kata,”katanya.

Dr Mohd Zuhdi berkata, mereka yang tidak bersetuju atas usaha memperkasakan syariah dari kalangan masyarakat Muslim hanyalah segelintir kecil termasuk penyokong LGBT yang juga penyokong pertubuhan BEBAS seperti Azrul Mohd Khalib yang selama in cukup selesa hidup tanpa sebarang sekatan dan hukum.

Katanya, kekeliruan ini jelas dalam kenyataan Azrul yang merasakan usul Hadi merupakan pindaan rang undang-undang yang seolah-olah menjadi ancaman kepada kegiatan “bebas” mereka yang nyata bercanggah dengan hukum syarak dan penentangan itu dilihat hanyalah bersifat sebagai menjaga kepentingan peribadi mereka sahaja bukan bertujuan untuk kemakmuran umat.

Menurut beliau, sebenarnya usaha membawa RUU meminda Akta 355 ini disokong oleh semua pihak termasuk agensi-agensi dalam kerajaan, parti-parti politik Melayu-Muslim yang utama, NGOs dan tokoh-tokoh individu yang diiktiraf bukan tokoh picisan yang hanya diangkat dikalangan mereka sendiri.

Menurutnya, hampir ke semua pihak yang menyokong mempunyai unit penyelidikan masing-masing yang kreadibiliti dan ketokohan diperakui secara profesional di dalam bidang masing-masing.

Beliau berkata, dalam isu sebesar ini sudah tentu unit-unit penyelidikan ini berperanan dan mememainkan peranan penting dalam memastikan ketepatan dan kejayaan RUU 355 mendapat manfaat kepada semua pihak,

“Justeru penyelidikan yang dilakukan oleh pihak yang menyokong lebih komprehensif dan sistematis serta mengikut garis panduan dan prosedur yang ditetapkan”.

“Kenyataan menentang seperti itu jelas keluar dari mulut orang yang jahil tentang perundangan Islam, peradaban Islam mahupun hak asasi manusia itu sendiri, kerana matlamat utama perundangan Islam ialah mendidik, bukan menghukum,”katanya.

Comments