Home Tempatan Hidayah bentuk warga negara baik

Hidayah bentuk warga negara baik

SHARE
AHLI politik Jerman anti-Islam, Arthur Wagner memeluk Islam.

BEBERAPA minggu lalu, Arthur Wagner, seorang ahli politik Jerman menjadi perhatian umum kerana memeluk agama Islam dan dikatakan tidak bersetuju dengan tindakan gereja mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Parti nasionalis diwakili beliau yang memenangi kerusi dalam Parlimen Jerman diakui anti-Islam, malah menggunakan slogan ‘Islam tiada tempat di Jerman’ pada kempen pilihan raya.

Wagner dilaporkan memeluk Islam Oktober lalu, namun merahsiakannya. Beliau mula terfikir memeluk Islam ketika mengunjungi bandar Ufa, Russia pada 2015 yang majoriti penduduknya masyarakat Islam Tatar.

Beliau dilapor melepaskan semua jawatannya dalam parti selepas memeluk agama suci.

Allah SWT melapangkan hati beliau menerima Islam. Dengan hidayah, kehidupan berubah kepada iman dan ketaatan.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments