Home Tempatan Hentikan Provokasi Agama – Khairuddin at-Takiri

Hentikan Provokasi Agama – Khairuddin at-Takiri

SHARE

KUALA LUMPUR: Puisi Dr Asri mungkin salah satu tindak balas atas tindakan provokasi terhadap Dr Zakir Naik, kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri.

Menurutnya, apabila Dr Zakir sebagai tokoh pendakwah muslim diganggu dengan beberapa tindakan provokasi maka ia tentu mengundang tindak balas daripada pihak muslim yang lain.

Beliau berkata, pelbagai pihak mungkin ada sudut pandang berbeza dalam mentafsirkan suatu ungkapan bernilai sastera kerana ia membuka ruang tafsiran bersifat subjektif namun jika satu pihak tidak memulakannya maka tiadalah tindak balas seumpamanya.

“Pelihara keharmonian bermasyarakat dengan mengelakkan provokasi keagamaan,” katanya.

Mohd Khairuddin berkata, keharmonian bermasyarakat dalam sebuah masyarakat wajib dipelihara.  Ia berlaku dengan masing-masing tidak melakukan tindakan bersifat provokasi terhadap agama lain atau tokoh agama lain.

Menurutnya, negara ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan ia perlu diberikan penghormatan, manakala agama lain juga berhak untuk diamalkan dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh perlembagaan dan itu juga perlu dihormati.

Maka semua pihak perlu segera menghentikan sebarang provokasi bersifat keagamaan,” katanya.

Comments