Home Tempatan Hayati perjuangan kemerdekaan Rasulullah

Hayati perjuangan kemerdekaan Rasulullah

SHARE

OTA BHARU – Setelah kemerdekaan negara berusia 60 tahun, sewajarnya kepimpinan  berjiwa merdeka membebaskan minda mereka daripada mentaliti yang hanya mengutamakan kepentingan diri sendiri.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebaliknya keperluan rakyat mestilah diutamakan kerana ia adalah tanggungjawab yang terletak dibahu setiap pemimpin.

Menurutnya, dengan mengambil iktibar  sifat bertanggungjawab generasi yang ditarbiah oleh Rasulullah SAW sebagai  contoh, Sayyidina Umar Al-Khattab merupakan seorang pemimpin yang sangat mengambil berat hal kebajikan rakyatnya dan perlu dihayati.

“Pernah pada suatu malam, ketika meronda di sekitar kota, beliau terdengar suara tangisan anak-anak kecil.

“Apabila diselidiki, beliau mendapati anak-anak tersebut menangis kerana kelaparan. Lalu beliau mengambil sendiri gandum di Baitul Mal dan memasak serta menghidangkannya kepada keluarga daif tersebut.

“Inilah contoh pemimpin yang mengutamakan kebajikan rakyat berbanding kepentingan dirinya sendiri,” katanya dalam kenyataan perutusan sempena Hari Kebangsaan ke 60  hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas berkata, seharusnya para pemimpin yang ada pada hari ini juga di semua peringkat hendaklah mempunyai ciri-ciri  ditunjukkan Khalifah Umar Al-Khattab.

“Para pemimpin bukan hanya pandai menjanjikan sesuatu kebajikan kepada rakyatnya sahaja, tetapi apa yang lebih penting ialah menepati segala janji telah diberikan.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Sinar Online

Comments