Home Antarabangsa Hawaii cabar larangan terbaharu

Hawaii cabar larangan terbaharu

SHARE
Salah Seorang aktivis berhimpun di luar Ibu pejabat Kastam dan Penjagaan Sempadan Amerika Syarikat (AS) bagi membantah perintah eksekutif baharu Trump yang melarang kemasukan penduduk enam buah negara majoriti penduduknya beragama Islam. REUTERS

CALIFORNIA 9 Mac –Hawaii dilaporkan akan meminta Mah­kamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) supaya menghentikan perintah eksekutif baharu Presiden negara itu, Donald Trump berhubung larangan kemasukan yang dikenakan terhadap enam buah negara majoriti penduduknya beragama Islam.

Langkah itu sekali gus menjadikan Hawaii negeri pertama yang mencabar perintah berkenaan di mahkamah.

Ketika proses memfailkannya dilakukan di mahkamah semalam, pihak berkuasa ne geri itu dilaporkan bersetuju mengeluarkan perintah larangan sementara terhadap perintah eksekutif Pre­siden terbabit.

Pada masa yang sama, keputusan mereka untuk menyaman perintah eksekutif pertama yang melibatkan tujuh buah negara itu pula ditangguhkan buat masa ini.

Salah seorang peguam utama dari Hawaii, Neal Katyal memberitahu CNN bahawa, perintah eksekutif baharu oleh Trump meliputi jumlah individu yang lebih rendah berbanding sebelum ini.

Katyal bagaimanapun memberitahu, larangan kemasukan itu masih berpunca daripada masalah dalaman yang dihadapi oleh badan berkanun dan perlembagaan AS.

Enam daripada tujuh negara yang disenaraikan itu ialah Iran, Libya, Syria, Somalia, Sudan dan Yemen manakala satu lagi negara iaitu Iraq menerima pengecualian baru-baru ini.

“Kami yakin tindakan Pre­siden (Trump) adalah dibuat berlandaskan undang-undang semata-mata untuk melindungi keselamatan negara,” kata Jabatan Kehakiman AS dalam satu kenyataan balas kemudiannya.

Sebelum ini, dua buah negeri iaitu Washington dan Minnesota dilaporkan pernah mengeluarkan arahan untuk mencabar perintah eksekutif Trump.

Peguam Negara dari Wa­shington, Bob Ferguson berkata, pihaknya bagaimanapun kini sedang menimbangkan sama ada mahu mencabar arahan baharu itu atau sebaliknya, ming­gu ini. –REUTERS

utusan online

 

Comments