Home Tempatan Hati-hati pemikiran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah

Hati-hati pemikiran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah

SHARE
BALIK PULAU, 24 Jun -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan titah ucapan perasmian Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami di sini ,hari ini --fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru rakyat negeri ini supaya lebih berhati-hati dengan pelbagai aliran pemikiran dan gerakan yang menongkah arus fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang cuba menyelinap masuk dan menjadi barah dalam masyarakat Islam di Terengganu.

Baginda bertitah segelintir masyarakat Islam seolah-olah cuba untuk memperbesarkan jurang perbezaan dan menyalahkan pengamalan ibadat seharian yang tidak sealiran dengan mereka.

“Penularan ini merupakan satu cabaran baharu dan jika dibiarkan, nescaya ia boleh merungkai pegangan akidah, amalan syariah dan akhlak umat Islam di rantau ini.

“Sebagai umat Islam yang menjunjung perintah ALLAH dan Rasulnya, kita hendaklah menjernihkan kembali kekeliruan dan kekusutan yang ditimbulkan oleh mereka yang cuba memporak-perandakan agama Islam yang mulia ini.

“Penjernihan kekusutan dan kecelaruan ini tidak akan dapat diselesaikan dengan mudah kecuali kita kembali kepada sumber yang utama iaitu al-Quran dan sunnah yang diamanahkan oleh Rasullullah SAW untuk dipegang selamanya,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Kolokium Ahli Sunnah Wal Jamaah peringkat Terengganu di sini hari ini.

Sehubungan itu, baginda mahu ulama dan pendidik intelektual Islam, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, jabatan agama dan semua pihak agar dapat menangani isu tersebut dengan lebih bijaksana serta dengan semangat permuafakatan secara ilmiah, halus dan berhikmah.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Sinar Online

 

Comments