Home Tempatan Hati-hati keluarkan kenyataan, jaga sensitiviti

Hati-hati keluarkan kenyataan, jaga sensitiviti

SHARE

SHAH ALAM – Semua pihak termasuk pemimpin politik, masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan dan agamawan perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, tindakan itu hanya akan menggalakkan kebencian serta permusuhan kepada mana-mana pihak lain.

“Saya ikuti dengan penuh kerisauan kenyataan-kenyataan yg dikeluarkan kebelakangan ini oleh beberapa individu dan pihak tertentu menerusi media sosial yang boleh disifatkan sebagai menghina dan mempersenda agama-agama anutan rakyat negara ini.

“Bagi saya walau apa sekalipun punca dan motifnya, ini merupakan satu perkembangan tidak sihat kerana boleh menimbulkan ketegangan dalam hubungan kaum di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau juga bimbang keadaan akan membawa kepada natijah yg merugikan semua pihak jika dibiar berterusan  .

“Para mufti, alim ulamak, persatuan-persatuan agama seperti Hindraf, Mipas dan sebagainya tidak seharusnya mengapi-apikan sentimen perkauman.

“Kita tidak mahu pengalaman getir seperti 13 Mei 1969 berulang di negara ini,” katanya lagi.

Beliau dalam masa sama mengingatkan masyarakat bukan Muslim supaya tidak menyentuh hak-hak orang Melayu termasuk kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan kerana ia boleh membawa kepada reaksi yang tidak boleh dijangka.

“Adalah sedia diketahui bahawa orang Melayu terkenal sebagai satu bangsa yang penyabar dan amat bertolak ansur. Tetapi apabila hilang kesabaran orang Melayu akan melakukan perkara-perkara yang sukar dibendung.

“Inilah yang ditakuti dan yang perlu difahami oleh semua pihak. Kita wajib mengelak terjadi perkara sedemikian negara ini,” katanya lagi.

Sinar Online

Comments