Home Tempatan Harussani Jangan Fitnah Wanita Dengan Kehormatan Terpelihara – Siti Kasim

Harussani Jangan Fitnah Wanita Dengan Kehormatan Terpelihara – Siti Kasim

SHARE

Kuala Lumpur: Siti Kasim menempelak Mufti Perak, Tan Sri Dato’ Seri Harussani bin Haji Zakaria yang kononnya telah melakukan sebuah ‘fitnah besar’ terhadapnya yang boleh menyebabkan Mufti Perak tersebut disebat 80 kali menurut al-Quran.

Siti Kasim dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan sedemikian di laman Facebooknya baru-baru ini dipercayai sebagai respon kepada nasihat Mufti Perak agar Siti Kasim mempelajari Islam terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan.

Siti Kasim berkata, “Apakah ini saya telah mendengar Harussani menuduh saya menjadi seorang murtad, eh? Beritahu dia jangan bercakap tanpa menyemak fakta-fakta. Saya tidak melakukan sebarang perbuatan murtad.”

Siti Kasim, yang juga merupakan seorang aktivis lantang memperjuangkan Seksualiti Merdeka kemudiannya memetik terjemahan Surah an-Nur, ayat 4 bagi menunjukkan betapa al-Quran menjatuhkan hukuman lapan puluh kali sebat ke atas Mufti Perak kerana telah melemparkan tuduhan terhadap seorang ‘perempuan yang terpelihara kehormatannya’, meskipun gagal membawa empat orang saksi.

Perbuatannya memetik ayat tersebut ditegur di ruang komen oleh beberapa netizen yang menyifatkan pemetikan ayat itu adalah di luar konteks dan tidak relevan, namun Siti Kasim tetap bertegas dengan pendiriannya menggunakan ayat tersebut.

Tegas Siti Kasim di dalam ruangan komen, “Eh Shahrul Anuar Shaari (netizen), kau sudah belajar tak Quran? Pasal saya sudah belajarlah saya berani cakap. Kalau kau setakat mengaji sahaja macam lembu tetapi tidak faham haram jadah, baik kau jangan cakap banyak.”

Siti Kasim mendesak Mufti Perak untuk mengemukakan 4 orang saksi, dan tidak hanya menggunakan video viral temu bual beliau dengan media berbahasa Cina sebagai bukti kerana menurut Siti Kasim, perundangan Syariah menolak video sebagai bukti.

Siti Kasim mempersoalkan kredibiliti dakwaan Mufti Perak, “Mana 4 saksi dia? Lagipun di dalam Syariah mereka tidak menerima bukti video.”

Tambahnya lagi, “Kan Hadi Awang (Presiden PAS) sudah cakap “video itu besi”. Tak boleh diterima sebagai bukti …. kohkohkoh……”

“Soalan saya untuk dia, adakah dia Tuhan? Pemahaman mengenai keimanan kamu itu penting. Tuhan bertegas umatNya agar menggunakan akal mereka. Jadi nasihat saya kepadanya, dengarlah nasihat kamu sendiri – ‘Jangan cakap perkara yang kita tidak tahu kerana ia boleh memudaratkan diri kita sendiri’,” kata Siti Kasim lagi.

Comments