Home Tempatan Haris Ibrahim: Tolak Undang-undang Agama Dikuatkuasakan ke Atas Muslim

Haris Ibrahim: Tolak Undang-undang Agama Dikuatkuasakan ke Atas Muslim

SHARE

Petaling Jaya: Dalam satu sesi debat anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), BEBAS, Dato’ Ambiga Sreenevasan mendakwa bahawa sekiranya terdapat undang-undang yang bertindan antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah, undang-undang yang wujud di bawah Mahkamah Syariah menjadi tidak terpakai. Ini adalah kerana undang-undang Persekutuan adalah lebih tinggi dan mengikut perlembagaan hukuman yang bertindan antara kedua-dua mahkamah ini akan menjadikan hukuman di bawah Mahkamah Syariah itu tidak boleh digunakan.

Jawapan ini adalah berdasarkan pertanyaan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa yang bernama Maisarah, berkenaan hukuman untuk sumbang mahram dan perbezaan hukuman untuk kesalahan ini antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah, Ambiga menjawab undang-undang berkenaan sumbang mahram tidak boleh wujud di dalam Mahkamah Syariah kerana ianya bertindan dengan hukuman sedia ada di bawah Mahkamah Sivil.

Dalam forum yang sama, seorang lagi panelis iaitu Haris Ibrahim menyatakan bahawa agama dan pegangan beliau bukan urusan pihak berkuasa atau kerajaan. Kerajaan tidak patut menghukum seseorang yang tidak solat jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut ataupun makan di siang hari pada bulan puasa. Menurut Haris lagi, Qur’an membolehkan orang yang sakit dan yang sedang dalam perjalanan untuk tidak berpuasa. Adakah ianya menjadi satu kesalahan sekiranya beliau makan di dalam keretapi pada siang hari di bulan Ramadhan?

Maka dengan itu tidak patut agama itu dikuatkuasakan ke atas orang lain, kerana setiap orang itu mempunyai tafsiran agama yang berbeza mengikut pandangan masing-masing. Kenyataan ini lantang dijawab oleh Aidil Khalid “Bukan sebarang orang boleh membuat ijtihad, ianya memerlukan pengetahuan yang sangat banyak terutama ilmu Bahasa Arab yang tinggi. Ini adalah kerana Imam Syafie telah membelanjakan 1/3 daripada hartanya hanya untuk belajar Bahasa Arab.”

Apabila ditanya mengenai kemahiran berbahasa Arab, Haris menjawab, “saya tidak boleh berbahasa Arab.”

Comments