Home Tempatan Hari mengundi 9 Mei, penamaan calon 28 April

Hari mengundi 9 Mei, penamaan calon 28 April

SHARE
Tan Sri Hashim Abdullah mengumumkan hari mengundi PRU ke-14 pada 9 Mei ini. ― Foto oleh Choo Choy May

PUTRAJAYA, 10 April ― Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ditetapkan pada 9 Mei.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah ketika mengumumkan perkara itu berkata tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei.

“Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari bermula dari tarikh penamaan calon sehingga 11.59 malam 8 Mei,” katanya semasa mengumumkan tarikh-tarikh penting PRU14 pada sidang akhbar khas, yang turut disiarkan secara langsung di RTM, di ibu pejabat SPR di sini hari ini.

Pengundian pada 9 Mei adalah kira-kira seminggu sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadan, yang dijangka jatuh pada 17 Mei.

Untuk berita penuh sila klik di sini

The Malay Mail Online

Comments