Home Antarabangsa Harga minyak naik, Brent AS$67.29 setong

Harga minyak naik, Brent AS$67.29 setong

SHARE

SINGAPURA: Harga minyak naik pada pagi ini apabila peniaga menjangkakan pengeksport utama, Arab Saudi akan mendesak Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengurangkan bekalan menjelang akhir tahun ini.

Bagaimanapun, sentimen pasaran masih kekal lemah berikutan permintaan kurang memberangsangkan di tengah-tengah pertikaian perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat (AS) dan China.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak, diniagakan pada AS$67.29 setong pada 0045 GMT, naik 53 cents, atau 0.8 peratus, berbanding penutup sebelumnya.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments