Home Antarabangsa Harga minyak mentah AS susut

Harga minyak mentah AS susut

SHARE

SINGAPURA: Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) susut berikutan pasaran fizikal kekal dengan bekalan yang cukup walaupun mendapat permintaan yang tinggi dan gangguan yang sedang berlaku.

Niaga hadapan minyak mentah AS. West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$72.55 setong, susut 21 cents, atau 0.3 peratus daripada penutup akhirnya.

WTI mencecah paras tertingginya sejak November 2014 kepada AS$73.06 setong dalam sesi terdahulu.

Niaga hadapan Brent pula berada pada AS$77.63 setong, secara mayanya tidak berubah daripada penutup akhirnya dan masih di bawah paras tinggi yang dicatatkan pada Mei.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments