Home Tempatan Haramkan tayang filem ada unsur LGBT

Haramkan tayang filem ada unsur LGBT

SHARE

BANGI, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Agenda Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) semakin menular dengan cepat dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi dengan pengaruh media massa tanpa sempadan.

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS, Salamiah Moh Noor berkata, sesuatu perlu dilakukan supaya pengaruh LGBT tidak terjebak dan diwarisi generasi akan datang.

Langkah konkrit katanya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu bertindak menghalang kemasukan filem-filem Barat berunsur LGBT ke negara ini.

“Kementerian seharusnya memastikan tiada unsur-unsur LGBT atau paparan gaya hidup homoseksual dalam setiap filem yang ditayangkan terutama, filem dari negara Barat.

“Malahan, peranan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Syariah juga diperkasakan lagi, agar kes LGBT tidak diperjuangkan dengan sewenang-wenangnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian respon kepada pendedahan data HIV/AIDS di sebuah universiti awam, seperti yang dilaporkan Unit HIV/AIDS, Kawalan Penyakit Berjangkit dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya.

Menerusi laporan itu, 15 kes HIV/AIDS membabitkan universiti awam terbabit pada tahun lalu, dengan satu 13 daripadanya adalah pelaku homoseksual, dan dua lagi adalah biseksual serta heteroseksual.

Salamiah berkata, masyarakat termasuk mahasiswa sepatutnya sedar mengenai bahaya perbuatan songsang itu, yang akhirnya menyebabkan mereka terkena jangkitan HIV/AIDS dan penyakit sifilis.

Katanya, setakat ini Sifilis dan Gonorea ini mempunyai bilangan kes paling tinggi antara penyakit berjangkit.

“Apa yang penting ibu bapa perlu pantau perkembangan anak sejak kecil dan bersikap tegas mengesan perubahan gender dan inkuiri songsang anak-anak mereka,” katanya.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments