Home Tempatan Haram, berdosa sebar berita tanpa usul periksa

Haram, berdosa sebar berita tanpa usul periksa

SHARE

SHAH ALAM – Amalan menyiasat kebenaran sesuatu berita yang disampaikan sememangnya telah ditekankan dalam al-Quran.

Pensyarah Fiqh Semasa, Pusat Fiqh Kontemporari, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, haram dan berdosa jika seseorang itu menyebarkan atau menerima sebarang berita palsu tanpa sebarang usul periksa.

“ALLAH SWT telah berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya. Malah, dalam al-Quran juga ada disebut fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan.

“Apabila kita membuat fitnah menerusi laman sosial, ia akan memberi impak negatif kepada penama malah keturunan penama.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Sinar Online

Comments