Home Tempatan Ulama’ Disamakan Sami Bengong Teropong Anak Bulan

Ulama’ Disamakan Sami Bengong Teropong Anak Bulan

SHARE

Kuala Lumpur : Sebuah mesej tular yang dikatakan milik seorang individu bernama Wadan Kassim, mempertikaikan beberapa amalan umat Islam di Malaysia semasa menyambut bulan Ramadhan.

Dalam salah satu mesej tular yang berasal dari akaun facebook Wadan bin Kassim, beliau mempertikaikan amalan meneropong anak bulan bagi menetapkan tarikh awal puasa. Beliau merujuk dan menafsirkan ayat 185 surah al Baqarah.

“Syahru dalam ayat itu bermaksud bulan kalendar yang ditentukan dengan hisab, bukan anak bulan (hilal) yang di langit. Oleh kerana perkataan syahru berkali-kali digunakan dalam Quran, ia menunjukkan dizaman Nabi orang sudah tahu menentukan bulan (syahru) tanpa perlu melihat anak bulan (hilal). Seteusnya tentulah mereka berpuasa tidak bergantung dengan melihat anak bulan.”

Beliau menyatakan rasa kesal kerana ratusan tahun selepas daripada kewafatan Nabi, golongan ulamak telah mencipta hadis yang membawa Islam mundur ke belakang.

“Kebengongan itu ditambah lagi oleh sami-sami moden yang menggunakan teropong. Tentu ada sesuatu keseronokan sampingan yang menjadikan mereka ketagih mengadakan pesta meneropong hilal yang memang pasti tidak wujud,”

Tarikh permulaan puasa di Malaysia, menurut sumber JAKIM, ditentukan melalui kaedah Rukyah dan Hisab sepertimana yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. Tarikh melihat anak bulan telah ditetapkan pada Hari Jumaat, 26 Mei 2017.

Akaun yang dikatakan dimiliki oleh individu bernama Wadan Kassim ini, turut membuat pelbagai dakwaan yang kontroversi, termasuk menggelarkan Nabi Muhammad sebagai Anti Hadis dan puasa umat Islam golongan sunni tidak sah kerana tidak mengikut nas al Quran yang betul.

Comments