Home Antarabangsa Hanya 30 aktivis, wakil media dibenar turun

Hanya 30 aktivis, wakil media dibenar turun

SHARE
PRESIDEN Kelab Putera 1 Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. - Foto Syarafiq Abd Samad

PERAIRAN MYANMAR: Kapal Nautical Aliya yang dalam misi flotila kemanusiaan dari Malaysia dijangka tiba di Pelabuhan Yangon di Myanmar jam 9.30 malam ini waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Bagaimanapun, kapal dengan muatan 2,300 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan itu hanya akan berlabuh pada 10.15 pagi esok bagi menunggu air pasang.

Setakat ini, hanya 30 daripada 184 aktivis dan sukarelawan di atas Nautical Aliya diberi kelulusan untuk turun di Yangon.

Ketua misi flotila, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, satu majlis ringkas penyerahan bantuan akan diadakan petang esok di pelabuhan terbabit.

“Proses menurunkan barang-barang dijangka ambil masa tiga jam. Kita akan keluar dari Myanmar dalam tempoh 24 jam,” katanya di atas Nautical Aliya sebentar tadi.

Flotila akan menyalurkan 500 tan bantuan kemanusiaan termasuk 300 tan beras kepada pelarian etnik Rohingya terjejas di Rakhine di barat Myanmar.

Flotila akan meneruskan pelayaran ke Chittagong, Bangladesh untuk menghantar bantuan ke kem pelarian di Kutupalong dan Nayapara.

Berita Harian

Comments