Home Antarabangsa Hanya 25 dibenar turun dari Nautical Aliya

Hanya 25 dibenar turun dari Nautical Aliya

SHARE
PELABUHAN KLANG 02 FEBRUARY 2017. Sebahagian daripada 230 sukarelawan bersedia menaiki kapal Nautical Aliya dalam Misi Food Flotilla For Myanmar di Pelabuhan Selatan. STR/MUHAMMAD SULAIMAN

CHITTAGONG: Hanya 25 daripada 182 aktivis dan sukarelawan di atas kapal kemanusiaan Nautical Aliya dibenar turun di Chittagong.

Ketika ini, Nautical Aliya sedang menyelusuri Sungai Karnaphuli dan dijangka tiba di Pelabuhan Chittagong pada bila-bila masa.

Kapal kemanusiaan itu mula memasuki Sungai Karnaphuli jam 9.15 pagi waktu tempatan diiringi bot peronda pengawal pantai Bangladesh.

Nautical Aliya membawa lebih 2,000 tan makanan dan ubat-ubatan untuk disalurkan kepada pelarian Rohingya di Kutupalong dan Leda di Bangladesh.

Misi flotilla kemanusiaan itu dianjurkan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) disokong lebih 30 NGO ASEAN dan antarabangsa.

Berita Harian

Comments