Home Tempatan Hannah Yeoh Seorang Evangelis: Chris Chong

Hannah Yeoh Seorang Evangelis: Chris Chong

SHARE

PUTRAJAYA: Beberapa tahun kebelakangan ini, pergerakan Kristianisasi dilihat semakin aktif dalam arena politik Malaysia. Berdasarkan temu ramah Islamic Renaissance Front (IRF) yang bertajuk “Understanding Evangelical Christianity in Malaysia” bersama pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia, Chris Chong, dia mengatakan bahawa sememangnya Hannah Yeoh adalah contoh seorang Evangelis.

Kawasan Hannah Yeoh mempunyai gereja per kapita paling tinggi di Malaysia.

Chris Chong juga menambah, golongan Evangelis yang ramai dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP) amat penting kepada parti tersebut.

Baru-baru ini, sebuah buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh, yang bertajuk “Becoming Hannah” telah tular dan didakwa mengandungi agenda Kristianisasi yang bersembunyi atas nama politik.

Menurut Chris Chong yang merupakan ahli panel Wesleyan Community Church and Friends in Conversation, perkembangan Evangelis begitu drastik tersebar di Malaysia sekitar tahun 1970-an adalah disebabkan penganut Kristian Evangelis sangat komited untuk mendekati dan mencari ahli baru. Tambahan pula, gereja-gereja yang lama tidak lagi aktif dalam menyebarkan dakyah Kristianisasi pada masa ini.

Beliau berkata, pada awal tahun 2008, gereja Evangelis secara amnya bersifat konservatif dan anti politik. Mereka langsung tidak menghiraukan tentang politik dan isu berkenaan kerajaan. Namun, mereka mula berubah arah di mana penganut Evangelis ini lebih berminat dengan hal ehwal semasa.

“Rata-rata gereja Evangelis yang besar akan menyediakan senarai pengundi dalam gereja dan akan menjemput pendakwah untuk berceramah di hadapan tentang politik Malaysia. Malah, paderi-paderi akan menganjurkan halaqah doa untuk berdoa tentang situasi politik di Malaysia. Keadaan ini sangat luar biasa. Walhal, sebelum ini apa-apa urusan yang berkaitan politik di dalam gereja dianggap sebagai sesuatu yang aneh,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau, penganut Kristian Evangelis ini bermatlamat untuk menyebarkan dakyah kepada seramai mungkin manusia. Secara umumnya, golongan Evangelis ini sekurang-kurangnya terdiri daripada golongan kelas menengah bagi sebahagian pihak kolar putih, mempunyai pendidikan yang tinggi dan kewangan yang stabil. Selain itu, mereka juga mempunyai sumber untuk menggerakkan sokongan dan membantu parti untuk berkempen dalam pelbagai pendekatan.

“Ketegangan yang paling besar adalah antara penganut Kristian dan rakyat Malaysia bukan Melayu, terutamanya Hindu. Masyarakat Hindu jelas melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penganut Evangelis, lebih-lebih lagi daripada penganut Buddha,” ujar beliau.

Secara umumnya masyarakat tetap perlu berhati-hati kerana sikap universal puak Evengalis adalah lebih cenderung kepada pro-Israel.

Comments