Home Tempatan Hampir 5,000 kes ‘phone scam’ direkod, libat kerugian RM113 juta

Hampir 5,000 kes ‘phone scam’ direkod, libat kerugian RM113 juta

SHARE

KUALA LUMPUR: Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes penipuan menerusi panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada tahun lepas dan tahun ini amat membimbangkan dengan 4,500 kes penipuan dilaporkan melibatkan kerugian RM113.11 juta.

Malah, berdasarkan statistik itu, jumlah kes pada 10 bulan pertama tahun ini meningkat berbanding tempoh keseluruhan tahun lalu.

Kes penipuan menerusi panggilan dan SMS sehingga Oktober 2017 berjumlah 3,069 kes, bertambah 112 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 1,461 kes.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments