Home Antarabangsa Hamas nekad hentikan pengepungan Israel ke atas Gaza

Hamas nekad hentikan pengepungan Israel ke atas Gaza

'Rakyat Palestin takkan menyerah kalah selagi tanah air dirampas tidak dikembalikan'

SHARE

GAZA, 24 Zulkaedah 1439H, Isnin – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) akan segera menghentikan pengepungan haram Israel ke atas Gaza, yang sudah berlarutan hampir 12 tahun.

Ahli Biro Politik Hamas, Husam Badran berkata, mereka sanggup berjuang melawan Zionis, asalkan rakyat Palestin memiliki semula hak milik mereka.

“Hamas sanggup membayar apa sahaja harga yang diperlukan. Kami berhak mendapatkan semula apa yang dirampas Israel walaupun pelbagai konspirasi di lakukan.

“Yang pasti, rakyat Palestin takkan menyerah kalah dan mengangkat bendera putih sebelum setiap inci tanah bersejarah Palestin dibebaskan,” katanya ketika bercakap dalam himpunan ‘Great March of Return’, Jumaat lalu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments