Home Tempatan Halangan Total Ke Atas Perkahwinan Bawah Umur Tidak Wajar – Dato’ Zainul...

Halangan Total Ke Atas Perkahwinan Bawah Umur Tidak Wajar – Dato’ Zainul Rijal

SHARE

Kuala Lumpur: Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar berpendapat bahawa halangan secara total ke atas perkahwinan pada usia muda akan meningkatkan kadar maksiat di kalangan umat Islam.

“Tidak harus ada halangan secara total kerana ia akan meningkatkan kadar maksiat di kalangan umat Islam.”

Berkenaan peningkatan umur perkahwinan, Dato’ Zainul Rijal berpendapat tidak ada masalah dengan cadangan tersebut tetapi tidak boleh berbentuk total dan Mahkamah Syariah perlu memainkan peranan dalam memberi kebenaran berkahwin bagi pasangan bawah umur.

“Jika mereka sudah bersedia berumahtangga, kebenaran perlu diberikan mahkamah syariah. Mahkamah hanya melihat sama ada perkahwinan tersebut perlu atau tidak. Mahkamah juga boleh mengeluarkan perintah lagi berkaitan pendidikan nafkah dan juga perkara lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah,” tegas Dato’ Zainul Rijal lagi.

Berkenaan isu keganasan rumah tangga dan seksual bagi pasangan yang berkahwin awal, Dato’ Zainul Rijal berpendapat bahawa kenyataan ini tidak begitu tepat.

“Adalah suatu falasi mengatakan keganasan rumah tangga berlaku untuk perkahwinan muda sahaja,” ujar Dato’ Zainul Rijal.

Apa yang penting adalah pasangan yang hendak berkahwin itu perlu diberi pendidikan, pendedahan serta ilmu berkaitan peranan, tanggungjawab dan hak-hak suami isteri dalam suatu perkahwinan.

Berkenaan isu masalah rumah tangga, Dato’ Zainul Rijal menambah bahawa, perkahwinan orang dewasa dan tua juga tidak lari daripada masalah dan yang penting adalah pengurusan masalah itu sendiri.

“Perkahwinan kalangan orang dewasa dan tua juga tidak lari dari masalah. Yang penting ialah pasangan tahu menguruskan masalah mereka.”

Comments