Home Tempatan Hala tuju Tabung Haji jaga kebajikan dan perniagaan – PM

Hala tuju Tabung Haji jaga kebajikan dan perniagaan – PM

SHARE

PUTRAJAYA 10 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) untuk terus kekal menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia disamping bijak melaksanakan strategi perniagaan yang berkesan.

Kedua-dua kluster kebajikan dan korporat itu perlu diberi penekanan yang sama rata oleh Tabung Haji dalam memastikan ibadah Rukun Islam kelima dapat dilaksanakan dengan sempurna rakyat negara ini.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, amanat tersebut dinyatakan oleh Perdana Menteri ketika merasmikan Pemukiman Hala Tuju Tabung Haji bersama pegawai-pegawai kanan-kanan kerajaan dan tokoh-tokoh korporat di sini hari ini.

“Kluster kebajikan yang ditekankan ini termasuk tempat tinggal dan makan minum manakala kluster korporat pula adalah termasuk penstrukturan semula pejemaah haji Malaysia rniagaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah.

utusan online

 

Comments