Home Tempatan Hakim wanita di Mahkamah Syariah perlu diperkasa

Hakim wanita di Mahkamah Syariah perlu diperkasa

SHARE

KUALA LUMPUR, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Usaha bagi memperkasakan prestasi dan perkhidmatan Hakim Syarie wanita wajar diberi perhatian yang serius.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Noor Huda Roslan berkata, ruang yang lebih luas untuk berdiskusi serta bimbingan daripada para Hakim Syarie yang lebih berpengalaman perlu disediakan.

“Semua Hakim Syarie yang ada boleh berkongsi pandangan dan pengetahuan masing-masing demi memastikan kesinambungan dan kecemerlangan perkhidmatan para Hakim Syarie wanita.

“Ianya bagi memastikan kesinambungan dan kecemerlangan perkhidmatan para Hakim Syarie wanita,” katanya dalam kertas kerja yang dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Mahkamah Syariah 2017 60 Tahun Pasca Kemerdekaan, yang diadakan di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, inisiatif untuk membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada wanita untuk dilantik sebagai Hakim Syarie sama ada diperingkat Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah mahupun di peringkat Mahkamah Rayuan Syariah perlu dilaksanakan secara terancang dan teratur.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments