Home Tempatan Hak asasi manusia ada hadnya dalam Islam

Hak asasi manusia ada hadnya dalam Islam

SHARE

SHAH ALAM – Pemuda Pas mengingatkan NGO ‘Pelangi campaing’ bahawa hak asasi manusia ada hadnya di dalam Islam.

Naib Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan wajib meletakkan sistem nilai Islam sebagai keutamaan.

“Apatah lagi apabila bertembung dengan isu transgender yang jelas mempunyai kaedah tersendiri di dalam Islam untuk menanganinya,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Fadhli berkata, demikian bagi mengulas kenyataan NGO itu yang  bertajuk, “Pelangi campaing regrets the cancellation of Taylor’s Pride Week” bertarikh 18 Mei 2017.

Kenyataan itu, antaranya turut menyeru seluruh umat Islam di Malaysia bersikap lebih terbuka dan mencontohi pendekatan yang dibuat Datuk Bandar London, Sadiq Khan, yang meraikan kepelbagaian gender dengan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Gay Muslim di bulan Ramadan.

Terdahulu, Kempen pelangi tersebut sepatutnya berlangsung pada 6-8 Jun 2017 di Taylor’s University Subang Jaya dibatalkan ekoran protes beberapa pihak yang menganggap kempen tersebut tidak sesuai diadakan di negara ini apatah lagi di dalam suasana umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadhan.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, menganjurkan program seperti Kempen LGBT “Courage in the face of adversity” yang antara acaranya ialah Perarakan LGBT sekali gus menyemarakkan budaya ini di kalangan rakyat Malaysia dan menjadi pintu kepada penyuburan homoseksual di negara ini.

Namun menurut Pemuda Pas, golongan keliru gender tidak boleh diketepikan bahkan wajib disantuni dengan usaha-usaha pemulihan dan bukannya menyemarakkan hak untuk berada di dalam kekeliruan gender.

“Kehidupan manusia wajib berteraskan kepada dua jenis jantina sahaja ialah lelaki dan wanita dan tidak selain daripada itu. Sekalipun Islam mengiktiraf wujudnya golongan khunsa, namun ia wajib untuk memilih mana-mana jantina selepas dibuktikan dengan kecenderungan dan ujian klinikal,” katanya.

Katanya lagi, pengiktirafan ini sekali gus tidak bermakna Islam mengiktiraf amalan gay dan lesbian yang jelas sekali haram.

Sinar Online

Comments