Home Tempatan Guru-Guru Digesa Terapkan Islam Dalam Diri Pelajar

Guru-Guru Digesa Terapkan Islam Dalam Diri Pelajar

SHARE

Kuala Ketil, Kedah: Golongan guru dan pengajar digesa supaya menerapkan kepada anak-anak murid dan juga anak-anak sendiri agar menjadikan agama Islam sebagai perkara pertama dalam diri. Demikian gesaan Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Ustaz Mohamed Hafiz Bin Mohamed Nordin ketika Deklarasi Ijtima’ Penegasan Kedaulatan Islam (DIPKI) 2018 Edisi Kedah yang bertempat di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), kelmarin.

Gesaan tersebut dibuat sambil mantan Presiden Pembela itu menyatakan harapan beliau agar para pemimpin negara tetap menjunjung dan mendaulatkan Islam.

7 Tuntutan Kedaulatan Islam
“Perlembagaan Persekutuan tetap menjunjungkan Islam. Ingatkan pemimpin, jangan sekali-kali abaikan 7 Tuntutan Kedaulatan Islam.”

Sebelum itu, beliau memberi amaran kepada para hadirin berkenaan dengan agenda Kristianisasi yang sedang menyelusup dalam negara.

“Tahun 1928 University of Chicago membuat kajian menyatakan orang Melayu Malaysia paling susah nak murtad. Tapi sekarang ni ada sorang bekas lepasan sekolah Izzuddin murtad dan jadi paderi. Nama dia Benjamin Stephen.”

Ujarnya lagi, negeri Kedah merupakan antara negeri sasaran ‘525’, yakni 52 buah gereja Melayu tanpa salib dalam masa 5 tahun. Tahun ini adalah tahun ketiga bagi agenda ini.

“Sebab tu penasihat agama Donald Trump datang ke negara kita. Datang ke Sabah, himpunkan pemimpin-pemimpin negeri yang beragama Kristian dan berikrar nak ambil kerajaan sekarang (untuk Kristiankan Malaysia).”

Comments