Home Tempatan Guna khidmat peguam Syarie bertauliah sahaja

Guna khidmat peguam Syarie bertauliah sahaja

SHARE
Sumber gambar: Ismaweb

KUALA LUMPUR: Masyarakat Islam di negara ini disaran untuk tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada mana-mana individu atau syarikat yang bukan dari kalangan peguam Syarie bertauliah bagi menyelesaikan sebarang masalah dihadapi mereka.

Ini berikutan terdapat orang perseorangan atau syarikat yang menawar serta mengiklankan khidmat nasihat guaman syarie serta khidmat menyediakan dokumen tuntutan di Mahkamah Syariah dengan bayaran tertentu.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata menurut Etika No 41, Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, No 4, Tahun 2002, seseorang Peguam Syarie tidak boleh mengiklankan dirinya.

“Pihak kami juga sudah mengenal pasti tindakan pihak tertentu iaitu individu atau syarikat yang menawarkan pakej membawa pasangan bernikah ke luar negara dengan bayaran tertentu dan kemudian membantu pasangan berkenaan mendaftarkan pernikahan di Mahkamah Syariah.

“Justeru PGSM memandang serius terhadap tindakan tidak bertanggungjawab individu atau syarikat terbabit dan menasihatkan masyarakat Islam menyemak status mereka di laman web Mahkamah Syariah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Katanya, senarai nama Peguam Syarie bertauliah juga boleh diperoleh di kaunter Mahkamah Syariah.

Berita Harian

Comments