Home Tempatan GMMF bekerjasama dengan UNESCO cegah pelampau keganasan

GMMF bekerjasama dengan UNESCO cegah pelampau keganasan

SHARE

KUALA LUMPUR: Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF) akan bekerjasama dengan UNESCO bagi mengutarakan kepentingan inisiatif pendidikan dalam konteks mengatasi dan mencegah pelampau keganasan.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif GMMF Datuk Dr Nasharudin Mat Isa berkata kerjasama lebih erat dengan UNESCO adalah penting terutama dalam mengemukakan keseimbangan di antara identiti atau budaya kebangsaan dan agama yang kadang kala dimanipulasi oleh kumpulan ektremis.

“Kepentingan pendidikan dan pemberdayaan generasi muda adalah penting. Belia memainkan peranan penting membentuk masa depan, yang menyebabkan GMMF memperkenalkan inisiatif yang digerakkan bagi memperkasakan golongan belia melalui program nasional dan serantau,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Perjanjian kerjasama GMMF-UNESCO itu dicapai semasa pertemuan di antara Nasharudin dan pengarah Penyertaan, Keamanan dan Pembangunan Lestari bagi Sektor Pendidikan UNESCO, Soo-hyang Choi, di pejabat UNESCO di Paris, Perancis.

Pertemuan yang diatur dan dihadiri Perwakilan Tetap Malaysia ke UNESCO Dr Anesee Ibrahim, merupakan sebahagian daripada lawatan penglibatan GMMF di Eropah, yang diadakan dari 3 hingga 7 Jan, berikutan Resolusi Malaysia Mengenai Kesederhanaan yang diterima pakai pada Perhimpunan Agung PBB pada 8 Dis tahun lepas.

Semasa pertemuan itu, Nasharudin juga melahirkan sokongan GMMF kepada UNESCO dalam menganjurkan program meningkatkan kesedaran mengenai Pendidikan Kewarganegaraan Global UNESCO di rantau Asia Tenggara dan juga bersama-sama menganjurkan satu daripada persidangan penting UNESCO bagi tahun 2019.

Inisiatif lawatan itu adalah bagi mengenal pasti pihak berkepentingan utama di seluruh dunia bagi mengadakan program menyemai nilai-nilai kesederhanaan sebagai satu budaya keamanan, terutama kerana GMMF meningkatkan usahanya ke arah Tahun Kesederhanaan Antarabangsa 2019.

Lawatan GMMF di Eropah digerakkan dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Paris dan Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke UNESCO.

Sementara itu, Nasharudin berkata lawatan itu membuahkan hasil apabila beliau dapat mengadakan pertemuan dengan Institut Hubungan Antarabangsa Perancis bagi membangunkan dengan lebih lanjut wacana mengenai kesederhanaan melalui alasan mengatasi dan menghalang inisiatif yang berasaskan pelampau keganasan berkaitan dengan pelampau agama.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments