Home Antarabangsa Ghouta jadi ‘neraka dunia’ bagi kanak-kanak Syria

Ghouta jadi ‘neraka dunia’ bagi kanak-kanak Syria

UNICEF bimbang konflik di Ghouta terus jejas keselamatan kanak-kanak

SHARE

DAMSYIK, 22 Jamadilakhir 1439H, Sabtu – Bedilan bom dan tembakan tanpa henti di wilayah Syria yang dikepung di bahagian timur Ghouta, sudah menjadi biasa bagi ribuan kanak-kanak di negara itu.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyifatkan timur Ghouta tidak lagi tanah selamat, sebaliknya ‘neraka dunia’ bagi kanak-kanak, yang terus menjadi mangsa kezaliman rejim Bashar al-Assad.

“Pengeboman itu tanpa henti, dan keganasan di wilayah berkenaan terus meningkat. Ini bermakna, kanak-kanak terbabit sering melihat keganasan, kematian dan penyiksaan itu.

“Sekarang mereka kekurangan bekalan makanan, air menyebabkan kesihatan mereka juga terjejas,” kata jurucakap UNICEF, Henrietta Fore.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments